Monday, October 25, 2010

PAFA ( Perkara Asas Fardu Ain)...

assalamualaikum semua hi pada hari yang mulia nih say nak share kat semua pembaca SANUBARIKU tentang PAFA :). tetiba plak hari ni terasa seperti nak menyampaikan ilmu kepada semua pembaca SANUBARIKU. pada hari ini saya memilih tajuk PAFA kerana ianya adalah satu tajuk yang simple but kengkadang ada segelintir daripada kita terlupa seketika tentang keberadaanya dan di sini sebagai sahabat izinkan sya share sedikit ilmu yang saya ada hasil dari pendidikan awal saya dan research serta sedikit rujukan daripada golongan yang lebih arif. namun begitu jika ada kekeliruaan harap merujuk kepada golongan yang pakar tuk mendapatkan kepastiaan insyallah.

DOA SELEPAS WUDUK

 Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam.

 
 
Maksudnya:
Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

DOA QUNUT


Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

dan jika anda terlupa membaca doa qunut boleh lah menambah sujud dengan membaca


Subhaana man laa yanaamu walaa yas hu

Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa





Tuesday, October 19, 2010

,..17,18...10.2010

assalamualaikum smeua pembaca sanubariku.
hai pada pagi ni banyak benda sya nak kongsi bermula daripada peristiwa 17hb.10 hari sebelum dan selepas 17.10.2010, hahah sempat gak keawa sebelum saya memulakan cerita :).
hai pembaca now bia saya mulakan satu persatu the first thing is saya da habis exam dan sekarang da mula cuti semester selama sebulan lebih dan planning memang gempak iaitu round2 dan cuti2 malaysia kat sini dan tak balik home town (planning). pa pa pun jenjalan perlu tuk menambah perasa dalam kehidupan hahah senang citer semua plan ni akan berjalan ngan adanya sponser utama :). next is pada 17,10.2010 jam lebih kurang 5.30pm peristiwa yang tak diduga2 berlaku pada diri saya dab beberapa orang sahabat saya yang mana kami telah di ROMPAK damn kan bunyinya dan amat mengerikan. ramia yang tak tahu perkara nih yang tahu pun hanya budak2 yang dekat ngan ak. perkara nih berlaku apabila kamu semua g ulu yam tuk piknik tp malang tak berbau kereta kami telah di AIM ole pencuti tuh lantas mencuri kesemua barang berharga yang ada dalam kereta termasukla wallet hp kamera dan cincin emas dan di anggarkan kerugian adalah sebanyak rm3k.

but percaya atau tidak berlakunya bend atuh kami semua masih dalam ketenagan jiwa yang amat sangat cam tak der apa yang berlaku terutama saya kerana saya da ubah mindset saya yang mana "Maybe semua tuh bukan rezeki saya" so sy hadapi ngan tenang. bayangkan la pada saat tuh betapa susahnya kami tuk bergerak kerana zero kosong dalam poket tetapi syukur alhamdulillah barang berharga milik salah seorang rakan sy tidak di curi kerana dilekatkkan berasingan dengan barang2 berharga yang lain dan dialah merupakan sumber bank kami pada masa itu alhamdulillah. now on dia la penerus hidup kami sementara kami dalam kesusahan TQ ALLAH kerana menghantar penyelamat dalam kalangan kami amin amin amin.

then now pada 18.10.2010 pula merupakan hari bersejarah sy kerana pada tarikh ini sy telah dilahirkan hahaha tadi dalam mood kesedihan now gembira pula kerana hari lahir saya:) kesedihan sini hanya sementara kerana kecurian itu langsung tidak mengugat emosi sy mayB sy lahir pada keesokan harinya selepas dirompak kot heheheh, perasaan takyah cakap lah semua ada risau takut sedih kerana kehilangan smeua benda berharga but gembira kerana lahir pada masa yang sama dan rompakan nih plak merupakan hadiah yang tak terduga tuk saya mayB nih dugaan tuk menguji keimanan sya kepadaNya. dan sya terima segalanya dengan tenang dan penuh sabar.

walaubagaimana pun walau dalam kesusahan makan tetap maintain jalan tetap maintain dan kehidupan sehariah tetap maintain kerana kesedihan tak leh nak di layan sepenuhnya life must go on bak kata orng ramai hahah so apa lagi segalanya dijaikan iktibar. yg bestnya dalam ketiadaan RM yang banyak kami tetap maintain dan dapat sampai ke putrajaya :) hahahha terbaikk kan tp sebenarnya bukan la tuk jalan2 tp ada urusan Yang Di Pertian Agong kat sana dat y la sampai sana:).

now nak g p berurusan ngan celcom,JPN,JPJ,dan bank2 yang terlibat tuk membatalkan kesemua akaun yang ada then memulakan hidup seperti biasa,. nilah dugaan pada bulan 10 nih huhuhuh

di akhir pemulisan nih nanti sy uploadkan gambar yang tak seberapa sebagai kenangan kita bersama :)
huhu


assalamualikum semua.

Monday, October 11, 2010

kerinduaan

hi assalamualaikum kepada semua pembaca sanubariku hari ni saya tarasa amat rindu plak nak meluah kat u all semua. ni nak bagi tahu gak pada semua belakangan ni saya agak busy sikit ngan exam dan raya so agak lama gak la meninggalkan laptop kerana nak fokus pada benda2 ni semua tp walaupun busy sy tetap curi masa untuk update "sanubariku".

alhamdulillah hari ni da 12hb.10,2010 da banyak benda yang saya lalui belakangan nih ada yang pahit juga yang manis serta baik dan buruknya full dalam 1 package.
namum begitu tak dapat sy nak kongsikan semuanya sekali gus then sy hanya amik dan ringkaskan dan buat rumusan tuk segalanya.

antaranya peristiwa yang menarik sy da sampai ke Pulau Pinang dan memandu sejauh lebih kuran 300km dalam masa 4 jam huhu letih gak but it happening :), other banyak berlaku perubahan dalam diri dan persahabatan sy kat sini namun itu sy jadikan pengajaran tuk masa hadapan even sampai ke hari ni masalah nih still kabur walaupun nampak tenang pada luaranya. pas nih nak kongsi tentang exam plak waw hebat sama cam midsem paper EM dan Electronic sy pada hari yang sama nak gak saya menyumpah kepada management yang menyusun jadual nih, so cam biasa r sy tetap berusaha tuk pass paper ni dan sebagai usaha lebih kurang 2 minggu saya belajar sendiri then another 2 week saya study group agar dapat menjawab dengan baik insyallah pada exam. dan keputusanya hanya di ketahui pada sem depan insyallah semua ok hope ni mo killer paper for next sem.. sy hanya mampu berdoa dan memohon kepada NYA agak di berikan berita baik atas segalanya amin amin amin.

then yang sedihnya sy telah megambil keputusan tuk tidak join ke china, kerana ada benda penting bakal berlaku dalam diri sya pada masa itu huhu tak per la mayB bukan rezeki saya ke sana tp tak per insyallah bakal ada lagi benda lain yang akan berlaku pas nih insyallah amin hope di permudahkan olehNya amin amin amin.

now sy dalam dilema sama ada nak balik cuti semester nih or tak coz ada plan dan da di booked tuk kerja but kawan baik sy nak sy balik then my mom plak tak kisah sangat walaupun sy tahu dia nak sya balik tp klu difikirkan sy kan baru balik takut lak menyusahkan mak ayah huhuh tp walau apa pun tuk peringatan kepada saya dan pembaca sanubari "duit boleh di cari tp keluarga tak ada pengganti" so klu bole balikla kerana duit bukan pengahalang bagi semua ni. cuma atas diri individu sendiri hope pas nih saya dapat putuskan sama ada balik atau tidak tengor cam mana nanti. huhu

sy rasa sampai sini saja wat masa nih kerana penulisan hari ini hanya untuk merumuskan perkara penting yang berlaku dalam diri saya selama tak menulis belakangan nih juga sebagai pengubat rindu kepada semua pembaca sanubariku :) love and miss all of u damn so much :) Take care C u
assalamualikum,...

Sunday, September 5, 2010

Iftar Di Awan Biru : Pengalaman ku di angkasa :)

hai semua assalamualaikum kepada peminat setia SANUBARIKU hari ni saya dapat idea tuk menulis tentang pengalaman sekali dalam seumur hidup iaitu pengalaman berbuka di angkasa ( awan biru ) iaitu dalam kapal terbang hahahah percaya atau tidak saya ada pengalaman baru dalam hidup kerana secara tidak sengaja iaitu bersahur di Kuala Lumpur dan berbuka di angkasa Laut Cina Selatan hahah iaitu di dalam kapal. this is my first time ever.


perkara ni saya tak plan pun sebenarnya, alih alih da ditakdirkan pengalaman tersebut tuk say athen saya telah melalui nya :) memang happening la berbuka kat atas angkasa hahaha, percaya atau tidak waktu berbuka di atas ditentukan ole kapten kapal terbang yang mana semua muslim yang berpuasa dimaklumkan bahawa waktu berbuka adalah 7.35pm hahah ni adalah kerana kami berada diketiggian 30,000 kaki dari paras laut dengan itu waktu berbuka adalah sedikit berbeza dengan kawasan yang mempunyai ketinggian yang berbeza. perbezaan hanyalah sekitar 10minit sahaja namun ianya amat bermakna bagi saya kerana ini julung julung kalinya beluku dalam diri :) memang terbaik memiliki pengalaman seprti ni

disini nak gak sya maklumkan bahawa saya terlewat 5minit tuk berbuka kerana menunggu peramugari menghantar minuman huhu tapi tak per kerana sy telah berbuka dengan gula gula getah doublemint gum hahahah terbaik kan. gula gula la yang sya makan sejurus di maklumkan telah tiba waktu berbuka huhuh sementara menunggu air sampai, namun selepas je dapat saya apa lagi tempah nasi goreng dengan sate hahahha yang berharaga RM12 kesemuanya hahahha memang nyaman terasa di hati pabila da berbuka :) hebat terasa disini sya selitkan gak gambar2 kenangan semasa saya di angkasa musim bulan puasa :) terbaikkkk
dalam pada tuh im so happpy perjalanan dari KL-KK pada hari tersebut sangat lancar walau sedikit ketidak ketenteraman di dalam diri heheheeh tp tak apa janji semua ok pas ni amin amin amin  tak saya komen lebih:)
by the way selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tiba dan sy ingin menyusun sepuluh jari memohom maaf segala kesilapan yang telah saya lakukan
selamat hari raya maaf zahir dan batin
assalamualaikum semua

Tuesday, August 24, 2010

jangkaan ku : Rumusan Event 10 Ogos 2010 Hitea With MSU President

hi semua assalamualikum apa kabar pembaca setia SANUBARIKU, pagi ni merupakan puasa yang ke 15 hahah terbaikk dalam masa ini saya tak ada lagi yg bocor alhamdulillah syukur pada kekuatan yang diberikan..

sebelum memulakan aktiviti meulis, izinkan saya mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba, kepada semua pembaca setia SANUBARIKU.
pagi ni sy tak tahu nak cerita tentang apa kerana tak decide mana yang seharus saya luahkan terlebih dahulu kerana terlalu banyak benda yang nak saya kongsikan kepada anda semua,...

so now sy nak citer tentang event saya last 3 week lah ok tak. sy nak wat kesimpulan tentang event grooming tuh, ap ayang sya nak kongsi sini adalah bagi dan pada pandangan saya event yang dilangsungkan pada 10hb 8.2010 bersamaan hari selasa tuh berjalan dengan lancar tanpa ada cacat cela pada luaranya tetapi bagaikan larva gunung berapi yang hampir dan menunggu saat tuk meletup sahaja pada pandangan dalaman nya.

tapi disini ingin saya tegaskan bahawa saya bukan nak kritik atau mengutuk or menuding jari pada siapa siapa cuma sebagai pemerhati dan ketua ini adalah komen saya tentang perjalanan event tuh

pada mulanya amat baik perjalanan nya cuma amat kelam kabut apabila MAINTAINANCE pula wat hal apa bila lambat hantar barang logistik tuk event tuh. nak nak lagi apa bila round table tuk VVIP saya tak ada 'stand' wah problem besar nih apa lagi ngan sepantas kilat saya mengatasi masalah tersebut tapi selesai 1 datang lagi satu masalah apabiala PA system lak lambat sampai nak nak pada masa tuh VVIP saya da sampai punya la malu saya dibuatnya nak gak sy maki hamun pekerja tuh tapi sebagi ketua saya harus bersifat positif dan tenang dalam menghadapi dugaan yang ada di hadapan saya,
tak habis pada masa tuh masa proses mengambil barang makanan di PKPS iaitu HQ kuzie katering, ketua logistik lak kemalangan pehhh lagi la tapi saya amat bersyukur kepada Nya kerana tiada apa serius berlaku hanya sekadar perlangaran biasa namun begitu itu semua diambil kira dalam perjalanan event nih.
next lak Dato tak dapat bersama saya kerana kad ada hal lain + kad jemputan lambat samapi ke tangan dato' huhuh tp tuh no komen la saya. dalam pada itu main event pada petang tuh adalah fashion show waw amat gempak la gak walau hanya melibatkan 20 modeling namun event tuh berjalan lancar seperti di rancang tq pada semua modeling dan krew yg terllibat dalam menjayakanya + tq gak pada model yang hanya hantar nama namun tak datang huhu tqtqtq

seterusnya kekurangan CASH gak menjadi halangan saya pada masa tuh peh kerana kekurangan pendapatan namun cam biasa yg sy lakukan sya guna pakai kemudahan yg saya ada iaitu 'swipe' kad yang ada huhu ni personal punya la bukan dr mana2 biasala sebagai ketua semua nih pasti akan terjadi no komen la biasa la tuh :)
next sy nak puji gak kepada semua krew krew yang ada pada masa tuh kerana mereka banyak membantu saya dalam melancarkan perjalanan event pad amasa tuh kerana tanpa mereka tak mungkin saya dapat menjayakan event ni seorang. tq ya semua, walau saya tak dapat ucapkan tq kepada setiap seorang daripada mereka namun dalam hati kecil saya,memang melafazkan nya kepaada semua TQ ALL.

now izinkan saya menceritakankelebihan yang belaku pada event tersebut ni ada lah yang terbaik yang saya nak kongsikan kerana  dalam kelakutan masalah yang banyak namum terselit 1001 kemanisan didalamnya.

pertama sekali apabila semua krew saya berkerjasama dalam menjayakan event nih dan saya amat berterima kasih pada tuh, seterusnya kebijaksanaan golongan2 pereka hiasan dalaman haha yang amat kreatif dalam mengurangkan kos perbelanjaan tq for ur idea hahah memang terbaik. tq gak pada Pn Saf  yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan menjadi guide saya dalam menjayakan event nih

now dengan rasa terharu + bangga ingin saya katakan event nih telah mendapat feedback yang amat baik sekali daripada semua lecturer waw itu lah yang amat saya nanti nantikan kerana kepuasan tetamu adalah matlamat saya sebagi tuan rumah  tqtqttq, then now sekali lagi TQ pada semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan event ni tqtqtqtqtqttqtqtqtqtqtqtqt sangat sangat.

rasanya sampai sini sahaja dahulu next time akan saya janjikan benda yang lain lak kepada seua pembaca SANUBARIKU.
assalamualaikum.

p/s: tq to all crew tak kira la siapa mereka secara langsung atau tidak TQTQTQQT saya ucapkan kepada anda semua tqqqqqq ya
maaf klu ada silap dan salah kerana yang baik tuh dari Nya dan yang buruk tuh dari kelemahan diri ini

Wednesday, August 18, 2010

akhirnya : pengalaman serta luahan hati, belajar engineering math

hai semua pembaca SANUBARIKU kita bertemu kembali setelah sekian lama tak ketemu, huhu now saya dalam keadaan tension dan tekanan telah menyatakan hasrat tuk drop matapelajaran Engineering Math pada puan LILI lecturer saya. ntah dari mana kekuatan yg saya dapat akhirya saya dapat luahkan pada puan lili sebenar td. bayangkan sejurus je saya luahkan pada puan lili terus hadi senior saya chat dan tanya pasal nih pada saya. ntah apa yg nak saya katakan...

ak da buat semua cara termasuk belajar awal sehingga tak tido malam hanya kerana nak belajar dan cuba memahami benda yg terkandung dalam EM ni tp akhirnya apa yang saya dapat hanya kegagalan. kenapa ka sebegini dugaan yang saya dapat YA ALLAH tolong hambamu yang hina ini. walau saya da berusaha namun tak ada hasil yg saya dapat. dalam saya menaip air mata mengalir menanda kan kekecewaan usaha saya selama ini bayangkan jika dibandingkan dengan semester lepas sy boleh lagi lulus dalam MID TERM but now saya di bagitahu yg saya fail. cuba bayangkan apa yang berlaku pada sy? tekanan dan stress semakin memuncak dalam diri saya. now saya dapat kata2 semnagat pula dari pada FAZREE, sy rasa semakin menderita kerana kata2 semangat mereka membuatkan saya rasa diri saya tak berguna bayangkan la semua orng yakin yg ak mampu lalukan yg terbaik tuk EM tp ak rasa seperti amat jauh dari pada semua tuh ntah kenapa tetapi ak rasa ak tak layak lagi tuk mendapat sokongan padu seperti itu.

YA  ALLAH apa ka harus ak lakukan? pada siapaka harus ak mengadu
walau dengan kawan baik ak mahupun SUBA yang merupakan sifu EM telah berjanji akan mengajar saya sehingga saya score dlm Final namun semangat sya menjadi sangat jatuh apa bila mengingatkan usaha saya selama nih tak berhasil sama sekali huhuh ...

sekarang ak memerlukan seseorang tuk bercerita dan ak memilih tuk menulis dan menangis sendirian di dalam bilik sambil mengenang kembali apa kah silap dan di manakah silap tersebut. di sini ak sangat jeles pada kejayaan orng dan ak jadikan mereka sebagai pembakar semangat ak tp semua tuh tak berhasil ak tak tahu apa kah maslahnya namun ak tahu semua nih bermula dengan diri ak sendiri yg lemah basic EM dan itu lah punca nya dan sekarang ak tak tahu macamna mahu memulakan langkah tuk menguatkan basic tersebut kerana ak tiada guidance yg berdekatan dengan ak seperti sem2 lalu ak mempunyai teman tp sekarang semua teman yang ada jauh dari pandangan mata ak

now ak da kebuntuhan apa ka harus ak lakukan ak hanya menulis dan mendiamkan diri dari segalanya
dan berharap ak mendapat hidayah namun ak tahu takkan Allah megubah nasib seseorng jika dia tak mengubahnya sendiri so ak kena berkerja keras else kena tenangkan diri dgn drop EM dan cuba pada sem akan datang. ak belum putuskan lagi tp ak rasa biala ak tenangkan diri dan berfikir terlebih dahulu then putus kan yang terbaik buat diri ak....

Wednesday, July 14, 2010

sg chilling waka waka eh eh

hi assalamualaikum semua pembaca setia SANUBARIKU waw agak lama gak ek saya tak menulis biasa la sauya agak busy belakangan nih wat event dan menghadirkan diri tuk event serta kuliah yg tak pernah putus2 so nilah akibatnya blog lambat di update but it doesn't matter coz walaumacamana pun busy saya akan cuba curi masa yang ada dan update blog nih... now saya nak share tentang World Cup dulu then Sokong g Chilling.

hahah gelak ku pas dapat tahu Spain menang WC, walaupun kedua2 team ni sy minat tp sy rasa sy lebih kepada Spain hahah but walau sapa pun menang siapa pun menang sy tetap suka dan sokong je hihih. Cuma sy agak sedikit kurang pada tahun nih kerana meraikan WC kat rumah sahaja bersama Housemate, but pd mulanya sy  mengharapkan dapat menonton WC kat tempat lain but it ok la janji tengo walaupun bukan ngan sapa2. huhu sedihkan?? tak per r da nasib badan huhu...pa pa pun enjoy ngan WAKA WAKA EH EH hahahah

next lak sy nak share tentang pengalaman sya kat Sg Chilling WAW nice nya tepat nih ayat pertama yang terlintas kat minda saya setibanya di sana. tempat nih biasa je but happening lah wat orng cam yg suka kan advanture cam saya nih waka waka. apa yang berlaku hari tuh kami telah di bawa tuk jungle tracking selama sejam perjalanan jauh r gak berkilo2 meter gak la plus river crossing nice kan nak nak lagi kami harus menempuh 6 anak sungai waw lagi mencabar kan hehehhe, pendek kata kat Sg Chilling nih menang 2 thumb up la terbaikkkk.

kat event nih hanya saya dan Norman je  yg join kerana rasyid harus balik subang tuk jumpa maknya manakala hafiz,lam dan padli lak tak nak join, tak per r hak masing2 kan hehehe. pengalaman kat sg chilling nih agak best la rasanya kerana peristiwa Kg Tohor berulang sekali lagi kerana ada jungle tracking dan river crossing waka waka eh eh cuma bezanya time kat Kg tohor Miss dan Puan lily ada kat Sg Chilling lak mereka tak ada kerana perlu menghadirkan diri tuk meeting bersama Dato' president Msu huhu tak per r maybe next trip mereka bakal join dan memeriahkan suasana huhu

kat event sg chilling ni sy nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Safwati dan Pn Nurul kerana join dan memberikan kami peluang dalam melibatkan diri tuk semua ni sekali lagi waw Puan memang yg terbaikkkkkkk. sy gak nak share dalam pertandingan team work group sy mendapat tempat ke5 wakak terakhir hahah but Norman's group is the first winner waka waka eh eh tul rasa nya group sy yg banyak teamworknya but biasa la renjer kan tak kenal saya dia hanya ingat muka budak2 yang selalu ngan dia tp tak per janji happy kat event nih kerana sy bukannya datang kerana hadiah but semangat kekeluargaan FISE tuh yg terbaikkkkkkk.

samina mina eh eh rasanya sampai sini sahaja next time sy update g k.
info: promp night sy bakal berlangsung pada 9.8.2010 waka waka eh eh doakan yang terbaikkk tq semua
assalamualaikum.