Friday, February 19, 2010

TERCAPAI JUA AKHIRNYA part 1 (TQ) ; Engineering Journey to West Java

Syukur alhamdulillah segala yang di rancang sebelum ini tercapai jua akhirnya.
perkara yang saya maksudkan adalah "Engineering Journey to West Java"
ini adalah trip pertama yang dijalankan oleh Faculty in Sciences & Engineering (FISE),
ke luar negara (ASEAN) iaitu Indonesia.

perkara ini amat mengembirakan kerana ianya adalah dipengurusikan oleh saya dan di bantu oleh semua teman-teman, terutama teman teman yang rapat dengan saya, di sini juga saya ingin memberi pujian penghargaan kepada teman baikku MOHD HADZRI MOHD HAIRI kerana membantu saya dalam menyiapkan BANNER untuk program saya ini. setelah sekian lama saya menanti saat ini akhirnya segalanya termakbul juga. tuk pengetahuaan gak banner adalah hasil karya sepenuhnya oleh sahabat ku ini tanpa diubahsuai oleh mana mana pihak, TQ Hadzri.


disini juga ingin saya megucapkan terima kasih kepada Pn Lily dan En Irsyad (Head of department FISE) kerana banyak membantu dalam menjayakan program yang sangat bermakna ini. Dalam pada itu terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini kerana khidmat dan bantuaan kamu amat saya perlukan dan amat saya hargai...

program yang dijalankan selama 4 hari ini telah disusun rapi agar seglanya berjalan dengan lancar, tentatif dan gambar akan saya uploadkan dalam penulisan yang seterusnya.
tetapi sebelum itu ingin saya ceritakan serba sedikit benda penting yang berlaku sewaktu di Jakarta dan Bandung.

Aktiviti utama dalam program "Journey to West Java" adalah Community service (khidmat masyarakat) dan Organize Event (pengaturcaraan majlis) yang mana akan dijalankan di PSAA Muhamadiyah pekan baru Bandung iaitu khidmat masyarakat bersama anak anak yatim dan pengaturcaraan majlis di Institut Teknologi Bandung (ITB) yang mana setiap orang daripada kami akan melakukan aktiviti antaranya membaca sajak 1 malaysia iaitu dalam bahasa melayu,cina dan tamil dan di ikuti beberapa aktiviti permainan bersama pelajar ITB seperti perlawanan futsal persahabatan antara MSU & ITB juga GUESS BOX yang mana permainan ini akan di ketuai oleh sahabat baik saya Muhammad Norman Matlan dan dibantu oleh Abdul Rasyid Beddu Ali.
dengan itu terima kasih juga kepada kedua dua orang sahabat saya ini kerana membantu saya dalam memantapkan lagi program ini.

tidak lupa juga kepada semua ahli yang terlibat iaitu kepada pelajar BCE,BTEE,BCS,DCE,DTEE (EnT student) kerana membantu dalam menjayakan program yang julung julung kali diadakan ini.

akhir kata daripada saya TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA diucapkan kepada semua rakan rakan yang terlibat dalam menjayakan program ini. TQ, shie-shie, terima kasih, syukran :)

p/s: maklumat penuh bagi program ini akan saya terangkan dalam dalam penulisan akan datang.