Tuesday, April 19, 2011

Ayat Kursi [ Rumi & Terjemahan ]


Berikut adalah transilasi tulisan rumi ayat Kursi daripada tulisan jawi:

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm,
lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum,
wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

 


Dan berikut pula adalah terjemahannya didalam bahasa Melayu:

Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang
ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya
melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang
ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu
pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah
kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan
bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta
memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat
kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

 

Penjelasan:
Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.
Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

 


Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
  1. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
  1. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
  1. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
  1. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
  1. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
  1. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
  1. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  1. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)


 source: http://kitab.junjungan.net/ayatkursi.html

Wednesday, January 19, 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN...

hahahah assalamualaikum dan salam sayang dari saya kepada semua pembaca Sanubariku. gelak kecil pembuaka kata kerana rasa geli hati yang teramat sanagat apa bila memilih tajuk seperti yang tertera haha ni kerana ia ada kaitan dengan apa yang bakal sayang nak share pada semua selepas nih.

kenapa sy memilih tajuk Suratan atau Kebetulan adalah kerana baru2 ini sy telah mendapat satu fakta yang tak di sangka oleh smeua orang dan sy juga terkejut dnegan apa yang sy ketahui ini hahah
fakta tersebut adalah sy mempunyai rakan yang lahir pd 18.10.88 seramai 2 ornh then now on sy dapat tahu ada didalam kalangan rakan sy juga yang lahir pada (18.9.91),(18.10.88),(18.11.90),(18.12.87),
adaka ini secara suratan atau kebetulan hahah now sy memasang niat tuk mencari rakan yang lahir pada 18.1 hingga 18.8 tak kisah la lahir pada tahun bila yang penting mereka dalam kalangan 18 hahahha

dalam pada itu juga semua rakan2 sy ni merupakan anak kedua terakhir dalam keluarga yang mana semua ciri2 kami ada lah sama waw hebatkan??? hahah saya pun agak terkejut mengetahui fakta ni namun hahah harus gak alert ngan semua benda benda cam nih hahahah. now on misi hanya perlu dijalankan tuk menjejaki mereka yang lahir pada bulan yang belum dinyatakan tersebut hahaha.

nak kongsi gak siapaka golongan2 bertuah nih,. mereka adalah IM,FA,ROS,MAN dan ICE hahahah
kebetulan sungguh semua nih dan yang paling penting mereka semua nih adalah golongan2 yang paling rapat dan erat  ngan saya aahahhahah syukur dengan semua nih hehehe mayB ada hikmat or nih adalah suratan dan bukanya kebetulan hahah:) hope so :)

hope persahabatan yang terjalin adalah kerana takdir Tuhan dan merupakan anugerah yang terbesar buat saya dan kita semua sebagai insan yang bernama SAHABAT, insyallah :)

rasanya samapi sini sahaja buat masa nih next time insyalllah sy update lagi ngan benda2 yang  menarik insyallah..... aminnn
assalamualaikummmmmmm
*teruskan menyokong Sanubariku :)

Monday, January 17, 2011

Sahabat.

hi assalamualaikum semua pembaca sanubariku, huhu agak lama gak da tak menulis ek da banyak benda nak share nih tp tak tahu nak masukkan yg mana satu, huhu ermmmm but tuk yg paling latest is belakangan nih sy amat bz ngan pelajaran yang mana sem baru buka so cam biasa r kena wat tuh dan ni sebagai student, then sem nih sy berhadapan ngan Engineering Math (EM) g sekali hahahha tp nih da EM2 mampui sy kali ni huhu then dalam pada masa yang sama gak banyak benda yang berlaku dalam diri sy, ada yang baik ada yang buruk dan boleh sy simpulkan macam macam ada full package, baru2 nih sy bertengkar ngan kawan baik saya cam biasa r tp kali nih sy lain dari yang sebelum nih, dan biarla hanya tuan badan sahaja yang tahu kerana klu sy mengadu sekali pun disini pasti tak dapat menyelesaikan masalah walaupun ia akan menenangkan sy, dan yg penting biarla masa dan keadaan yang menentukan segalanya.

selain daripada itu disini gak nak sy nak sharekan kepada semua pembaca bahawasanya dalam tahun baru nih (2011) adalah hari yang amat banyak dugaan bagi saya kerana disebalik senyuman yang terukir dibibir ini namun terselindung sejuta penderitaan dan kesengsaraan yang mana hanya sy dan Tuhan saja yang tahu, dan di sini juga sy mengharapkan ianya akan pulih seperti sedia kala namun, sy harusla menghadapi semua yang menghalang perjalanan ini dengan tenang dan bijaksana kerana sedikit kesilapan dalam menangani masalah akan membangkitkan seribu persoalan yang tak mampu tuk saya leraikan persoalan itu.

dalam pada itu gak sy mengharapkan keajaiban akan berlaku agar semuanya kembali sediakala amin insyallah namun itu hanya dongengan semata2 rasanya kerana ianya tak akan mungkin berlaku kerana sifat semuala jadi pada diri sy yang mana menetapkan bahawa sekali da sy tolak tak mungkin akan sy tarik semula, namun begitu jika Tuhan menginginkan sebaliknya tuk berlaku maka dengan lafaz kun faya kun maka ianya pasti akan berubah, cuma masa dan keadaan akan menentukanya. dan sy gak berharap dan berdoa kepada Tuhan agak semuanya akan berjalan dengan baik selari ngan hari yang sentiasa tenang dalam menunggu tibanya malam...insyallah amin...

persahabatan pada masa ini gak amatttt tak sempurna kerana banyak masalah yang timbul ntah la mana silapnya namun mungkin ini adalah dugaan daripada Tuhan tuk menguji kesetiaan persahabatan kami semua kerana tanpa dugaan pasti tak kemana persahabatan tersebut tp sy bersyukur ngan apa yang berlaku kerana sekurang2nya ia mengajar sy dan semua yang terlibat tuk berfikir sejenak apa yang berlaku dan mangharapkan pelangi di hujung pencarian ini insyallah aminnnnn

kesimpulan yg boleh sy buat : hari2 yang sy lalui belakanan ini banyak menguji sy dari semua sudut dan hampir2 membuatkan sy rebah kerana tak tahan akan dugaan yang berat ini namun dengan sedikit kekuatan dari dalam diri yang bergelar sahabat membuat kan saya tabah dan berusaha tuk face to face ngan masalah ini.

else: - sy belajar tuk mendekatkan diri ke jalan yang diredhaiNya
       - banyak perkara terutama dalam agama yg sy pelajari syukur kepda mereka yang terlibat....

to be continue...

insyallah hope semua akan berubah dan menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. aminnnn

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru 1423H ( DOA AKHIR TAHIN DAN AWAL TAHUN )

DOA AKHIR TAHUN
 
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.


DOA AWAL TAHUN
Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

rujukan :

Sunday, November 21, 2010

Niat Solat Sunat


NIAT-NIAT SEMBAHYANG SUNAT, SEBELUM DAN SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Niat-niat sembahyang yang tertera ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH
Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR 
Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala
* Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR 
Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana
Allah Ta'ala
* Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR
Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB
Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA' 
Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'  
Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.


Pengertian Solat Sunat
Sunat diertikan pada syara' apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tiada siksa.
Maka Solat Sunat ini ialah solat yang dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri. Solat Sunat juga dikenali dengan beberapa istilah lain seperti Solat "Nafilah" atau Solat "Tathowwu'".
Solat sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam sujud.
Disamping itu, Solat sunat menjadi penampung kepada amalan-amalan fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.
Akhir sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah, Solat Sunat inilah yang akan menjadi tempat kita mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha Mendengar segala rintihan kita itu.


rujukan :