Sunday, November 21, 2010

Niat Solat Sunat


NIAT-NIAT SEMBAHYANG SUNAT, SEBELUM DAN SELEPAS SEMBAHYANG FARDHU

Niat-niat sembahyang yang tertera ini adalah sebagai asas serta sebutan dan ejaan dalam Bahasa Melayu, Untuk lafaz serta sebutan lebih sempurna hendaklah bertanya kepada guru-guru agama atau membaca buku-buku agama yang bersangkutan.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SUBUH
Usalli sunnatal subhi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Subuh sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ZOHOR 
Usalli sunnatal zuhri raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat zohor dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala
* Dilakukan sebelum Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ZOHOR 
Usalli sunnatal zuhri raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat zohor kemudiannya dua rakaat kerana
Allah Ta'ala
* Dilakukan selepas Solat Zohor sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT ASAR
Usalli sunnatal asri raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Asar sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT MAGHRIB
Usalli sunnatal maghribi raka'ataini lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Maghrib sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SEBELUM SOLAT ISYA' 
Usalli sunnatal isya'i raka'ataini qabliyatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' dahulunya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan sebelum Solat Isya' sebanyak dua rakaat.

 NIAT SEMBAHYANG SUNAT SELEPAS SOLAT ISYA'  
Usalli sunnatal isya'i raka'ataini baqdiatan lillahi ta'ala.
Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat isya' kemudiannya dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
* Dilakukan selepas Solat Isya' sebanyak dua rakaat.


Pengertian Solat Sunat
Sunat diertikan pada syara' apabila dikerjakan mendapat pahala dan apabila ditinggalkan tiada siksa.
Maka Solat Sunat ini ialah solat yang dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri. Solat Sunat juga dikenali dengan beberapa istilah lain seperti Solat "Nafilah" atau Solat "Tathowwu'".
Solat sunat merupakan satu cara untuk mentaqarrubkan (mendekatkan) diri kita kepada Allah. Di mana, Rasulullah SAW pernah menjelaskan bahawa seseorang hamba itu paling dekat dengan Tuhannya apabila dia berada dalam sujud.
Disamping itu, Solat sunat menjadi penampung kepada amalan-amalan fardhu kita yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.
Akhir sekali antara keperluan Solat Sunat ini ialah, Solat Sunat inilah yang akan menjadi tempat kita mengadu keadaan diri kita kepada Allah. Kita mampu mengadu apa sahaja kepada Allah SWT. samada berkenaan dengan kehidupan kita, keluarga kita, kewangan kita, kita dizalimi dan sebagainya dan Allah Maha Mendengar segala rintihan kita itu.


rujukan : 


9 comments:

  1. boleh tolong share benda ni tak?hihhi TQ.=)

    ReplyDelete
  2. Thanks you for sharing this info. Semoga saudara diberkati Allah!!

    ReplyDelete
  3. info bagus...cuma sebaik2nya elak guna warna yg silau untuk dibaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih atas komen nya dan saya akan ambil maklum dan akan diperbaiki.

      Delete