Saturday, April 25, 2020

PANDUAN SOLAT TARAWIH ( RUMI )


Solat Tarawih Bersendirian


Info:
- Sunat Muakad 8 Rakaat dan 3 witir
- Satu solat mempunyai 2 rakaat dan 1 salam ( minimum 8 rakaat atau 20 rakaat )
- Dilakukan selepas isyak sehingga waktu subuh
- Tiada bacaan surah khusus selepas AlFatihah 
- Cth surah pendek : Al-Asr, Al-Ikhlas, Al-Fil, Al-Kauthar, Al-Nasr

Lafaz niat: Bersendirian 




Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Lafaz niat: Berjemaah (Makmum)

Usolli sunnatal tarawih rak’ataini makmuman lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz niat: Imam 


niat solat tarawih imam
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini imaman lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.

Doa Antara Tarawih ( Selepas 4 Rakaat )




Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka affuwwu karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.

Maksudnya: Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Selepas Solat Tawarih


Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin,  walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.

Allahummaj ‘alna fii haazihil lailatisy syahrisy syariifatil mubaarakati minassu Adaail maqbuuliin. Wa alaa  taj ‘alnaa allaahumma minal asy qiyaa ilmarduudiin. ilaahana Aafinaa wa’fu annaa waghfir allaahumma lanaa. waliwaalidiina wali ummahaatina wali ikhwaaninaa wali akhawaatinaa wali azwaajinaa wali ahliinaa wali ahli baitinaa 
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat. 
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil  Aalamin.

Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.
Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan.
Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.
Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.
Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Mengerjakan Solat Sunat Witir Selepas Tawarih Sebagai Penutup

- Didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
- Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, atau tiga rakaat (dua salam).
- Jika kita solat berjemaah, bilal akan membaca lafaz berikut :



Solatul witri asa bakumullah
Maksudnya:
Didirikan solat witir diberikan oleh Allah ganjaran pahala

Lafaz niat Solat Witir ( 2 rakaat )
niat solat witir bersendirian 2 rakaat
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala

Lafaz niat Solat Witir ( 1 rakaat )

Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala


Wirid & Doa Selepas Selesai Solat 
Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek.
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

Yaa latiffu ya kafii ya hafizu ya syafii
Maksudnya: Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.


Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
Yaa latiffu ya wafii ya karimmu antallah
Maksudnya: Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.

Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
Laa ilah ha illallah
Maksudnya: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.


( Doa adalah bebas ) Di bawah adalah cadangan doa untuk dibaca untuk solat sunat tarawih.




Amin, Amin, bijudika amin bimtina nika aamin, ya khairal mas ulin ya Allah, wa ya rahimazzhu aa faa ii wal fuqaraa ii wal walyatama wal masakin. Allahummag tiq riqobana warikoba aaba ii na wa ummahatina wa ajdadina wa jaddatina minannari ajmain. Watub wa zakk wagfu aa man yakulu aminn, aminn, aminn. Wasollohu alaihi wal hamdulillahi rabbil aalamin.


Sehabis bacaan doa ini, baca surah al-fatihah



Seterusnya disambung dengan bacaan doa yang kedua:




Allahumma rabbana taqabbal minna solatana wasiyamana waqiyamana waruku aana wasujudana watakhosyu aana wata dorru aana wata aabbu dana watammim taksii rana ya Allah Ya Allah, birahmatika ya arhamarraa himin, wal hamdululillahi rabbil aalamin.

Membaca Doa Qunut Pada Malam ke 16 

- Mulai malam ramadhan 16 hingga akhir
- Qunut dibaca pada rakaat yang akhir solat sunat witir sesudah bangkit daripada rukuk.

Lafaznya sama sebagaimana lafaz doa Qunut solat fardhu Subuh.
Bacaan Doa Qunut dalam rumi:

Allahhumma dinii fiiman hadait, Wa’aa finii fiiman ‘aafait, Watawallanii fiiman tawal-laiit, Wabaariklii fiimaa a’thait, Waqinii syarramaa qadhait, Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik, Wainnahu laayadzilu man walait, Walaa ya’izzu man ‘aadait, Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait, Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik, Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment