Assalamualaikum semua pembaca Sanubariku. malam nih mood lebih kepada kerohanian kerana tetiba nak wat entri yg agak kearah itu dalam pada masa yg sama nak belajar dan menambah ilmu dalam dada. tetapi ingin sy ingatkan kepada semua pembaca entri kali nih menggunakan google dan pembacaan 100% sy dengan itu sebarang kesalahan leh lah komen tau para pembaca leh mengoogle atau bertanya secara terus kepada mereka yg lebih pakar atau arif. insyallah semua yg baik itu datang daripada Allah namun segala kecacatan itu datangnya daripada kelemahan sy sendiri...
Tata Cara Solat Istikharah
Tata Cara Solat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih
kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,
iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun
setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam
disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan
kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus
dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam
berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk
oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan perkara/benda yang ingin didoakan)”
doa selepas solat
Allaahumma inni astakhiiruka
bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim.
Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta
allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta
ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa
‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii
tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii
fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi
fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma
ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk
memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik
dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa
dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah
hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang
tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***)
dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah
bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini
(***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat
dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang,
jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau
takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.”
*selain daripda ini para pembaca gak leh google sendiri .