Thursday, December 3, 2009

permulaan semester 3


"subahanallah walhamdulillah walaillahaillahlla huakbar".

inilah kata kata pertama yang terucap apabila saya mendengar keputusan muktamad daripada sahabat serumah saya.apabila mereka menyatakan hasrat mereka untuk berhenti dari meneruskan pengajiaan mereka di sini.

keadaan kembali tenang apabila ada tanda tanda perkara ini tidak akan berlaku namum semuanya hanya sementara kegembiraan kembali bertukar wajah kepada kesedihan. kerana semua telah tertulis dan muktamad apabila kedua ibu bapa mereka telah merestui keputusan yang mereka ambil.

namum keadaan hampir dapat dikawal dan diatasi sepenuhnya seperti tidak ada apa2 yang berlaku namum disebalik semua ini terselindung 1001 kenangan yang mana ianya melibatkan kasih sayang, persahahabatan dan juga ikatan kekeluargaan diantara kami semua.

pada mulanya semua seperti kebiasaaan apabila bermulanya semester baru namun semuanya berubah apabila perkara yang tak diingini berlaku sekelip mata dan menimpa kami semua iaitu berlakunya rompakan di hostel kami, yang mana sekali gus menyumbang kepada peratusaan peningkataan kepada keputusan mereka itu.

sejak bermulanya peristiwa malang itu, persahabatan, kasih sayang dan ikatan kekeluargaan itu menjadi kurang dalam kalangan kami semua.keadaan ini adalah amat dibimbangkan kerana dengan ketidakseimbangan sifat diatas dalam kehidupan kami di hostel menjadikan suasana kehidupan seperti dikampung halaman seperti tidak wujud lagi dalam kehidupan kami.kerana berdasarkan pengalaman lepas segala masalah, dugaan dan cabaran kami hadapi bersama bagai sebuah keluaraga yang utuh dengan tiangnya, tetapi malangnya semua itu hanya separuh jalan kerana ikatan kasih sayang kekeluargaan dan persahabatan tiba tiba tercalar hanya kerana masalah yang kami tidak kami jangkakan.

sehinggalah saat ini pemergiaan mereka berdua adalah amat memeritkan kerana tidak lengkap sesebuah keluarga tanpa ada abang dan adik.

walaubagaimanapun pemergiaan mereka kami iringi dengan doa dan semangat agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan berjaya dalam haluan hidup masing masing.

walau jauh dimata tetapi mereka berdua tetap dihati kerana kehidpuan bersama selama ini amat mengembirakan dan amat bermakna dalam kehidupaun kita semua yang bergelar pelajar yang mana kita mampu menghidupkan suasana kekeluargaan dalam hostel kita.

dengan itu segalanya diharapkan akan kembali seperti biasa dan normal agar kehidupan kembali seperti sedia kala....

kepada sahabatku diharapkan pemergiaan mu akan memberikan kami semua semangat dan harapan dalam meneruskan pengajiaan kami disini diharapkan semuanya akan berjaya dalam haluan hidup yang telah kita ciptakan
amin insyallah...